fbpx

‘Saya akan cuba….’ – Zizie Izette

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizie dan Bung keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang perunding unit amanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Datin Seri Zizie Izette A. Samad ada mengatakan, beliau akan cuba menyampaikan kepada suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin. hasrat seorang ejen pelaburan berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual.

Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, memberitahu bahawa beliau pernah menyuarakan hasrat kepada Bung Moktar untuk membentangkan kertas cadangan pelaburan unit amanah Public Mutual kepada Lembaga Pengarah Felcra.

Hasrat itu disampaikan dalam satu pertemuan di sebuah hotel sekitar tahun 2015 yang turut dihadiri oleh isteri Ahli Parlimen Kinabatangan itu, Zizie Izette yang juga kenalannya.

Beliau yang ketika itu bertugas sebagai ejen pelaburan Public Mutual Berhad berkata, pertemuan singkat itu juga disertai oleh rakan setugas Madhi Abdul Hamid, 43, yang turut membawa Kertas Cadangan Celik Pelaburan untuk dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Felcra.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, dalam pertemuan tersebut Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra tidak memberikan sebarang maklum balas kerana beliau bergegas untuk menunaikan solat Zuhur.

“Kami tidak sempat membentangkan kertas cadangan tersebut kerana Datuk Seri Bung Moktar hendak cepat menunaikan solat Zuhur,” ujarnya pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sophian Zakaria.

Menurut Norhaili, oleh kerana gagal mendapat maklum balas Bung Moktar, beliau menyampaikan hasrat mereka kepada Zizie Izette dan dibalas oleh pelakon itu `saya akan cuba’. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI