fbpx

Marea aktif kendalikan skim kutipan, kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARANOLS (kiri) pada majlis sambutan ulang tahun pertama Marea di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malaysian Recycling Alliance (Marea) telah mengenal pasti kawasan liputan utama di seluruh negara bagi melaksanakan skim kutipan dan kitar semula perintis yang boleh diperluas pada tahun ini.

Pengerusinya, Juan Aranols berkata, menerusi usaha tersebut, Marea akan bekerjasama dengan pemegang konsesi pe­ngurusan sisa dan pengutipan sampah di seluruh negara dan juga pengitar semula lain yang mengumpulkan bahan pembungkusan pasca pengguna.

“Pemuliharaan alam sekitar harus diutamakan, kita perlu melindungi sumber alam dan memulihara biodiversiti dan ekosistem yang menyokong sebahagian besar masyarakat.

“Sisa plastik merupakan cabaran alam sekitar yang pen­ting dan menimbulkan ancaman di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis sambutan ulang tahun pertamanya baru-baru ini.

Marea merupakan badan sukarela bukan keuntungan pimpinan industri yang disertai oleh 10 syarikat.

Antaranya adalah Coca-Cola Malaysia, Dutch Lady Milk Industries, Etika Group of Companies, Fraser & Neave Malaysia, Nestlé Malaysia, Spritzer, Tetra Pak Malaysia dan Unilever Malaysia

Selain itu, Aranols yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia menjelaskan, badan tersebut bertekad untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah pembungkusan ahli-ahlinya menje­lang tahun 2025.

Tambah beliau, pada pe­ringkat permulaan, Marea akan memberi tumpuan terhadap usaha mengutip, mengasing dan mengitar semula bahan-bahan pembungkusan pasca pengguna se­perti botol polietilena tereftalat (PET), kotak minuman terpakai (UBC), pek polietilena kepadatan tinggi (HDPE) dan pembungkusan plastik fleksibel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI