fbpx

Denmark, New Zealand dan Finland negara paling kurang rasuah 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan senarai-senarai negara paling kurang rasuah di dunia yang dipaparkan menerusi Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International. - Transparency International

LONDON – Badan pemerhati anti rasuah antarabangsa melaporkan bahawa negara Denmark, New Zealand dan Finland menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling kurang rasuah di dunia, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Kedudukan tersebut dipaparkan menerusi Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International.

Menurut laporan tersebut, Sudan Selatan dicatatkan berada pada kedudukan terbawah dalam senarai dengan 11 mata lalu menjadikan ia sebagai negara paling tinggi kes rasuah. 

Amerika Syarikat (AS) pula terkeluar daripada senarai 25 negara teratas buat kali pertama kerana menghadapi serangan berterusan terhadap pilihan raya.

Kedudukan tiga negara teratas tersebut dilaporkan sama dengan 88 mata setiap satu. Dua yang lain mengekalkan kedudukan manakala Finland mengalami peningkatan sebanyak tiga mata. 

Laporan itu mendapati bahawa kebanyakan negara mencatatkan sedikit atau tiada kemajuan dalam menurunkan tahap rasuah dalam sedekad yang lalu. 

Tindak balas pihak berkuasa terhadap pandemik Covid-19 di kebanyakan tempat dikatakan telah menjejaskan sifat bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Transparency International mendapati bahawa hak semak dan imbang semakin lemah bukan sahaja di negara dengan kes rasuah dalam kalangan pihak berkuasa dan institusi yang lemah, tetapi juga kepada negara dengan sistem demokrasi yang mantap.

Antara isu lain sepanjang tahun lalu yang diutarakan adalah penggunaan perisian Pegasus yang dikaitkan dengan pengintipan aktivis hak asasi manusia, wartawan dan ahli politik di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI