fbpx

Produk usahawan Ketengah dijual di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Nazri (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk usahawan desa Ketengah di stesen minyak Petron Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menjalin kerjasama pintar dengan beberapa rangkaian stesen minyak untuk membantu memasarkan produk keluaran usahawan desa yang terdapat di dalam wilayahnya.

Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, melalui usaha tersebut, ia akan dapat me­ningkatkan pendapatan usahawan berkenaan sehingga 30 peratus.

Menurutnya, sebelum ini, sebanyak 50 produk usahawan desa telah berjaya ditempatkan di tiga stesen minyak Shell dan Petronas di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi, Dungun dan Bandar Cheneh, Kemaman.

“Terbaharu, kita berjaya mendapat persetujuan pengusaha stesen minyak Petron Pengkalan Gawi di sini untuk menerima masuk 35 produk keluaran daripada 10 usahawan desa Ketengah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan produk usahawan Ketengah di stesen mi­nyak Petron Pengkalan Gawi di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Ketengah Properties Sdn. Bhd., Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok.

Tengku Ahmad Nadzri menjelaskan, Ketengah menyasarkan untuk membantu usahawan desa ter­babit untuk menembusi sekurang-kurangnya 10 stesen minyak lagi di sekitar Terengganu menjelang akhir tahun ini.

“Berdasarkan bancian, seramai 1,500 usahawan desa aktif di seluruh wilayah Ketengah.

“Mereka sentiasa dalam perhatian Ketengah menerusi program pembangunan usahawan desa yang melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM9 juta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI