fbpx

Insken tingkatkan hasil jualan usahawan sebanyak RM9.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar bersama graduan pada Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken 2020/2021 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) berjaya membantu usahawan meningkatkan hasil jualan sebanyak RM9.8 juta menerusi dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (BBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak 256 pekerjaan baharu telah berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi tersebut yang berada dibawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

“Lebih ramai usahawan juga dapat dilahirkan dan pelbagai peruntukan diberikan kerajaan serta agensi dilantik untuk memberi bimbingan kepada usahawan yang dilatih menerusi program Insken.

“Graduan yang lulus dibawah program Insken akan diberi kelulusan permohonan pinjaman secara automatik termasuk pengesahan daripada Insken selain diluluskan secara serta-merta.

“Insken sentiasa konsisten menghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik,” katanya ketika Majlis Graduan Program Bimbingan Insken 2020/2021, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, seramai 295 peserta Program IBBC tamat bimbingan secara one-on-one selama empat bulan merupakan usahawan daripada industri Postnatal Care, Café & Restaurant, Bakeri, jualan pasar raya, jahitan dan Eco-tourism.

“Seramai 170 peserta daripada dua kohort Program E-Board dibimbing membuat pemasaran digital selama empat bulan berjaya mencatat peningkatan hasil jualan melebihi RM560,000.

“Usahawan yang menyertai program ini berjaya membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada, Telegram dan YouTube.

“Insken akan terus memberikan bimbingan kepada usahawan melalui dua program in yang masih lagi diteruskan pada 2022,” katanya.

Secara keseluruhan, Insken melaksanakan 31 Program BBC dan 10 kohort Program E-Board pada tahun 2021. Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan boleh didapati melalui laman dan media sosial rasmi Insken. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI