fbpx

NASA mahu kitar semula najis angkasawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkasawan di ISS ketika ini menggunakan sistem air kitar semula sejak 2009.– Getty

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganjurkan satu cabaran penyumberan ramai (crowdsourcing) bagi mencari idea terbaik untuk menukar najis angkasawan menjadi bahan berharga, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Projek digelar ‘Space Gold’ itu akan mengitar semula bahan buangan manusia termasuk najis, gas karbon dioksida yang dihembus daripada nafas, sampah-sarap dan plastik pembungkusan buih menjadi produk berharga.

Ia diharapkan dapat membantu angkasawan untuk menyertai misi-misi angkasa dalam tempoh masa lebih lama tanpa dihadkan kepada kuantiti sumber-sumber yang boleh dibawa dari Bumi.

Menurut NASA, cabaran Waste to Base Materials Challenge: Sustainable Reprocessing in Space itu menawarkan hadiah bernilai AS$24,000 (RM100,501) bagi individu atau pasukan yang berjaya memberikan idea terbaik.

Hadiah tambahan bernilai AS$1,000 (RM4,187) pula akan diberikan bagi peserta yang memberikan idea terbaik dalam setiap kategori iaitu najis, karbon dioksida, sampah-sarap dan bahan pembungkusan buih.

Buat masa ini, beberapa aktiviti kitar semula telah dilaksanakan di mana angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menggunakan sistem air kitar semula sejak 2009. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI