fbpx
Sebahagian ahli Gear 7 MC Malaysia

Kami bukan pembuli jalan raya – Pengasas Gear 7 MC Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengasas kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia, Shawn Foo secara rasmi membatalkan hak untuk penyanyi Alfie Zumi daripada menggunakan sebarang rakaman, nama,warna atau pengenalan membabitkan ahli kelab motosikal tersebut digunakan dalam video muzik terbaharu penyanyi itu.

Ujar Shawn, 41, pihaknya kesal dengan tindakan Alfie ‘mencipta’ gimik untuk mempromosikan video muzik terbaharunya dengan kisah tidak benar sehingga menjejaskan nama kelab motosikal tersebut.

“Walaupun penyanyi itu telah membuat permohonan maaf dan mengaku salah dalam Instagram miliknya, perkara itu sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia yang turut terlibat dalam pembikinan video muzik tersebut,” jelas Shawn.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Gear 7 MC Malaysia, Shawn menjelaskan bahawa Alfie telah mempelawa beberapa anggota dalam kelab motosikal tersebut untuk turut serta dalam produksi video muziknya beberapa bulan lalu.

“Permintaannya adalah kami diminta untuk menunggang motosikal di atas jalan raya, mengelilinginya ketika menyanyi dan melakonkan aksi memberhentikan keretanya.

“Kami bersetuju kerana dengan niat untuk membantu seorang artis baharu tanpa meminta sebarang bayaran kerana percaya pada konsep saling tolong-menolong,” jelas Shawn.

Bagaimanapun, timbul salah faham apabila Alfie menggunakan sedutan dalam muzik video tersebut sebagai ‘gimik’ untuk memancing pendengar dengan mereka-reka cerita bahawa dirinya telah dipukul kumpulan lelaki bermotosikal pada Khamis lalu.

“Gimik tersebut seolah-olah memaparkan semua penunggan motosikal seolah-olah samseng jalan raya sekali gus boleh memberi persepsi buruk kepada masyarakat.

“Walaupun penyanyi itu telah memohon maaf dan membetulkan keadaan, tapi tindakannya itu telah mencalarkan reputasi dan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini,” katanya.

Shawn dalam pada itu ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap kumpulan bermotosikal apabila sering didakwa sebagai ‘pembuli’ dan menyusahkan pengguna jalan raya.

“Saya ingin tegaskan bahawa kami bukan pembuli atau mengganggu pengguna jalan raya. Kami bukan sahaja mementingkan keselamatan diri sendiri, bahkan juga pengguna jalan raya lain.

“Sebagai pengasas kelab, saya memang sangat tegaskan tentang aspek disiplin dan keselamatan ketika berkonvoi di atas jalan raya,” katanya.

Tambah Shawn, perbuatan penunggang motosikal menjadi ‘marshal’ di atas jalan raya juga suatu kesalahan dan tidak seharusnya berlaku kerana boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI