fbpx

Himpunan #TangkapAzamBaki : 8 individu dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai lapan individu telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penglibatan ceramah berkait himpunan #TangkapAzamBaki di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua lapan individu terbabit hadir memberi keterangan kira-kira pukul 2 petang.

“Mereka telah dipanggil bagi membantu siasatan susulan program ceramah yang diadakan sehari sebelum perhimpunan terbabit.

“Siasatan kes akan dilakukan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Difahamkan, antara individu yang hadir ialah aktivis Adam Adli Abdul Halim; Ketua Pemuda DAP, Howard Lee; Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dr Thanussha Francis Xavier ; Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz; Ketua Pejuang Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin.

Kosmo! pada Sabtu lalu melaporkan, lebih 200 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen LRT Bangsar mula melaungkan ‘Tangkap Azam Baki’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI