fbpx

EcoFirst bangunkan projek Ampang Ukay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – EcoFirst Consolidated Berhad (EcoFirst) kini dalam peringkat perancangan untuk membangunkan fasa seterusnya bagi projek pembangunan bercampur di Ampang Ukay, Kuala Lumpur.

Projek Ampang Ukay terdiri daripada tujuh fasa di atas tanah seluas 34.8 hektar yang terletak di Ukay Heights dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM4 bilion.

Pengarah Alternatifnya, Datuk Kenneth Teoh Seng Kian berkata, EcoFirst mempunyai barisan pengurusan yang kukuh dan ini telah membolehkan Kumpulan memperoleh keuntungan  walaupun berdepan dengan persekitaran yang mencabar.

“Ciri ini telah membolehkan Kumpulan membeli bank tanah utama pada masa yang sesuai sekali gus menikmati kos tanah pada harga yang rendah,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Pengasas bersama Signature International Berhad (Signature International), Datuk Michael Chooi Yoey Sun kini telah menjadi pemegang saham utama EcoFirst  dengan pemilikan ekuiti sebanyak 5.155 peratus.

Yoey Sun telah mengambilalih 20 juta saham menerusi pasaran dalam tempoh 14 hari yang lepas dan seterusnya membeli 40 juta saham lagi daripada transaksi luar pasaran menerusi Wawasan Fokus Sdn Bhd.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN