fbpx

Suami maut ditikam isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam isterinya dalam satu kejadian di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa memaklumkan bapanya telah ditikam di bahagian dada dalam kejadian pada 4.11 petang.

“Mangsa berusia 55 tahun tidak bekerja dan sebelum ini bertugas sebagai bekas akauntan syarikat swasta.

“Anak mangsa melalui panggilan telefon memaklumkan lelaki itu telah ditikam oleh suspek yang merupakan isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kirinya.

“Mangsa bersama isterinya mempunyai empat orang anak. Ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian,” katanya.

Jelas Nanda, susulan daripada laporan itu pihak polis telah menahan isteri mangsa dan merampas sebilah senjata yang digunakan.

“Proses reman ke atas suspek dan bedah siasat akan dijalankan esok,” katanya.

Tambah Nanda, berdasarkan siasatan awal punca kejadian dipercayai bermotifkan masalah kewangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI