fbpx

Kerja macam ‘anjing’ bayaran ciput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA ANJOULIE

BARU-BARU ini Diva sempat bertemu dengan pelakon sensasi Zarina Anjoulie dalam sebuah majlis sidang media filem terbaharu arahan Mawi berjudul Hantu Kuat Ketawa.

Menariknya, filem itu turut dibintangi oleh Zarina atau mesra disapa Anju. Anju ketika ditemu bual media berkata, dia bukannya tidak mahu berlakon selepas sekian lama menyepi.

Tapi sebabkan faktor bayaran ‘ciput’ yang dibayar kepadanya. Kata Anju, bekerja seperti ‘anjing’, tapi dapat bayaran tak setimpal.

Jadi, daripada buang tenaga berlakon dari pagi sampai ke malam, lebih baik dia fokus jadi pesohor media sosial atau influencer. Boleh jana pendapatan 10 hingga 20 kali ganda daripada bayaran yang diterima untuk berlakon.

Mungkin ada juga benarnya apa yang dikatakan oleh Anju. Industri kita sahaja, kalau ada pelakon yang dibayar mahal sekali pun, boleh dikira dengan jari.

Itu pun kena lihat juga pada populariti dan jumlah pengikut mereka dalam media sosial. Kalau setakat puluh-puluh ribu sahaja pengikut, makan pasir jawabnya.

DIVA: Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua selebriti yang menyambut perayaan tersebut!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI