fbpx

ATM bakal dilengkapi kenderaan RCIED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTOH model kenderaan RCIED digunakan PBB di Iraq bagi mematikan isyarat pengebom dari jarak jauh. – Foto media sosial

PUTRAJAYA – Kementerian Pertahanan bakal memiliki sejumlah kenderaan khas yang dipasang alat kawalan jauh improvisasi letupan (RCIED) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tender pembekalan kenderaan dilengkapi sistem canggih pengesanan dan pemintasan signal bom daripada radio musuh itu dilaporkan akan digunakan Markas Angkatan Bersama (MAB).

Berdasarkan iklan tender terbuka menerusi laman e-perolehan kementerian itu baru-baru ini, sebanyak 10 buah kenderaan RCIED yang lazimnya berbentuk trak pikap pacuan empat roda.

Beberapa portal berita pertahanan antarabangsa melaporkan, kesemua kenderaan tersebut yang diperlukan untuk tugasan khusus itu juga perlulah berwarna hijau zaitun atau hitam kusam.

Kemungkinan besar, kenderaan RCIED itu bakal digunakan MAB yang berkhidmat di bawah pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon selain zon bergolak lain.

Jentera khas itu lazim digunakan sebagai kereta pengiring pemimpin kuasa besar dunia dalam konvoi bagi menjejak dan mematikan isyarat frekuensi musuh untuk letupan bom jarak jauh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI