fbpx

Nyanyian Shuib undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT yang tumpang sebak melihat video nyanyian Shuib.

KALI ini bukan gelagat anak-anaknya yang mencuri perhatian ramai, tetapi Suib sendiri jadi bahan percakapan selepas mendendangkan sebuah lagu berjudul Kepingan Hati milik ST12.

Menyanyi dengan penuh perasaan sambil bermain gitar sudah cukup membuatkan netizen sebak melihat video bapa tunggal empat anak itu.

Video yang telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali itu bukan sahaja berjaya membuat netizen menangis tetapi turut terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

“Aku seorang sajakah yang menangis mendengar nyanyian Shuib?” komen seorang netizen.

“Syahdu dan sebak hati mendengar nyanyian Shuib. Suara pun sedap,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Shuib sendiri memuji keasyikan lagu tersebut bahkan turut ‘tag’ penyanyi asalnya iaitu Charly van Houten dalam InstaStorynya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI