fbpx

Sekumpulan lelaki masuk ‘mall’ pakai kain pelikat raih perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat sekumpulan lelaki memakai kain pelekat dan ada yang berbaju kelawar masuk ke sebuah pusat beli-belah.

PETALING JAYA – Aktiviti bersama rakan-rakan pastinya menjadi kenangan manis disebabkan mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan tanpa rasa malu.

Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan gelagat sekumpulan lelaki memakai kain pelikat semasa berkunjung di sebuah pusat beli-belah telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian oleh Yiz, rakaman tersebut menunjukkan situasi di mana mereka sedang menaiki eskalator untuk pergi menonton wayang dan kesemuanya hadir memakai kain pelikat masing-masing.

Dalam pada itu, seorang daripada mereka turut mengingatkan pada yang lain agar berhati-hati dengan pemakaian kain pelikat agar tidak tersangkut pada eskalator.

“Jangan ada yang sangkut, kalau sangkut jadi satu hal pula nanti,” ujarnya.

Lebih menarik, apabila muncul seorang lagi rakan mereka yang berpakaian baju kelawar setibanya di pintu masuk pusat beli-belah tersebut.

Kehadirannya itu membuatkan rakan-rakan yang lain berdekah kerana gelagatnya yang tidak malu memakai pakaian wanita seperti itu.

Sementara itu, orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen dan ada pengguna turut memuji semangat mereka yang berani menampilkan kelainan di khalayak ramai.

“Ini mesti budak belakang cakap, Mak nak pinjam baju kelawar, nak pakai pergi ‘mall’ dengan kawan-kawan,” kata Enzo.

“Yakin betul keluar ramai-ramai macam ini, yang berbaju kelawar paling menang dalam situasi ini,” kata Shakila Razak.

“Seronoknya tengok persahabatan macam ini, semua buat sama-sama, malu sama-sama baru boleh jadi kenangan sampai tua,” kata Khiarul Hisyammudin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI