fbpx

Jangan bertindak mendahului undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainuddin (kiri)membuat tinjauan di Jualan Keluarga Malaysia di Arena Square Kampung Masjid Ijok Selama.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

LARUT – Kerajaan memberi jaminan akan menggunakan segala perundangan yang ada dalam mengadili kes membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Mereka yang berhimpun mahu memperjuangkan keadilan dalam undang-undang, namun secara tidak sedar telah melanggar undang-undang itu sendiri dengan berhimpun secara beramai-ramai.

“Sebab itu, apa pun yang kita lakukan, kena tengok diri dan nilai kesalahan kita dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pada Program Jualan Keluarga Malaysia di Arena Square Kampung Masjid Ijok Selama di sini.

Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, sama ada peraturan itu kecil atau besar, yang penting adalah untuk menjaga kedudukan dengan tidak melakukan sesuatu yang salah  di sisi undang-undang.

“Berhubung kes Azam Baki, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah pun mengeluarkan kenyataan, jadi kita serah dulu pada suruhanjaya itu.

“Kalau ada lagi tindakan selanjutnya, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya sedia melihat kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan segala undang-undang sedia ada untuk mengendalikan kes itu,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI