fbpx

494 pelajar positif Covid-19 dari enam kluster di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kluster Jalan Sikamat mencatatkan jumlah bilangan pelajar tertinggi dijangkiti Covid-19 di negeri ini sejak tercetusnya kluster pendidikan di negeri ini. - NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Sebanyak 494 pelajar dikesan positif Covid-19 dari enam kluster pendidikan yang tercetus di negeri ini dengan pertambahan 48 kes baharu jangkitan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, dari jumlah kes baharu berkenaan sebanyak empat kes baharu dikesan dalam Kluster Jalan Sikamat di Seremban menjadikan jumlah kumulatif kes bagi kluster tersebut sebanyak 137 kes.

Menurutnya, bagi kluster Bukit Chengkau Ulu di Rembau pula, sebanyak 19 kes baharu tambah menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 97 kes, manakala, kluster Bukit Merbah di Seremban satu kes baharu bertambah menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 39 kes.

“Bagi Kluster Jalan Pantai Cunningham di Port Dickson pula sebanyak 25 kes baharu dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 36 kes dan bagi Kluster Paya Utama sebanyak lapan kes baharu dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 30 kes.

“Secara keseluruhannya, sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, terdapat 244 kes baharu Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 116,954 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 sebanyak 1,334,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI