fbpx

4,116 kes Covid-19 dilaporkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 4,116 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 kekal melebihi angka 4,000 dengan 4,116 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,829,089 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 498 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat 39 kes (0.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,077 kes (99.1 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan 2,858 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh di Malaysia sebanyak 2,753,119 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI