fbpx

THHE meterai MoU dengan OHPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yusof (kiri) dan Ahmad Syahril selepas memeterai MoU di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – TH Heavy Engineering Berhad (THHE), subsidari Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) memeterai memorandum persefahaman dengan OHP Ventures Sdn. Bhd. (OHPV) untuk meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui.

Kerjasama tersebut akan dilaksanakan  melalui suntikan aset tenaga boleh diperbaharui yang akan melibatkan pembinaan loji kuasa hidro.

Ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif THHE untuk membina kapasiti dan keupayaan dengan memiliki aset bagi mengukuhkan kedudukan kewangan melalui pengembangan aliran pendapatan.

Jawatankuasa Eksekutif THHE, Ahmad Yusof berkata, pihaknya berharap kerjasama tersebut akan membolehkan Kumpulan meneroka spektrum tenaga boleh diperbaharui melalui perniagaan pemilikan aset yang akan menjana pendapatan stabil untuk jangka masa panjang.

“Kerjasama inu juga akan membantu THHE kearah merancang  formulasi pelan regularisasi yang mampan kepada Bursa Malaysia Berhad bagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Utama PN17,” katanya dalam kenyataan.

Pemeteraian MoU tersebut diwakili oleh Ahmad Yusof dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif OHPV, Syahril Ahmad Tajuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI