fbpx

Teliti dakwaan Pondok Darul Syahadah mengajar bercanggah Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) melekatkan pelekat pada kenderaan pacuan empat roda yang menyertai Program Pertandingan Sukan Lasak V3.0 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan sedang meneliti dan mengkaji dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Pondok Darul Syahadah, Kampung Lubuk Kuin di Bachok dipercayai mengajar ajaran yang bercanggah dengan Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung percanggahan ajaran agama Islam di pondok itu atau pusat tahfiz lain di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sedia maklum bahawa pondok tersebut sudah lama beroperasi dan bersimpati apabila mereka perlu mengosongkan tanah tersebut atas permintaan pemilik asal tanah berkenaan.

“Kita juga sedang menunggu laporan lanjut daripada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berhubung dakwaan yang mengatakan pondok itu mengajar ajaran bertentangan dengan Islam.

“Pada pendapat saya, isu ini mungkin timbul antara pengurusan pondok dengan pihak pemilik asal tanah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Program Pertandingan Sukan Lasak V3.0 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI