fbpx
Gambar hiasan

Ramalan hujan berterusan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula 22 hingga 28 Januari bagi negeri Sabah.

Menurut MetMalaysia, pembentukan sistem tekanan rendah di barat Pasifik dijangka bergerak ke arah barat laut merentasi selatan Filipina ke Perairan Palawan dalam tempoh empat hari bermula 24 Januari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan pantai timur dan utara Sabah.

“Pada masa yang sama cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri utara,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda negeri Sarawak sehingga pukul 12 tengah malam ini melibatkan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) dan Limbang (Limbang).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN