fbpx

Kuman super bunuh 1.2 juta orang pada 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penyelidik menunjukkan piring petri mengandungi kuman super, Staphylcocus epidermidis di Melbourne. - AFP

PARIS – Kuman super iaitu bakteria kebal terhadap ubat antibiotik telah membunuh seramai 1.2 juta orang pada tahun 2019, demikian menurut satu kajian menyeluruh yang disiarkan semalam.

Angka kematian itu bermakna jangkitan bakteria kebal antibiotik menyebabkan lebih banyak kematian berbanding HIV/AIDS atau demam malaria.

Laporan disiarkan dalam jurnal The Lancet itu turut mendapati bahawa kekebalan mikrob memainkan peranan dalam sekitar 3.68 juta kematian yang lain.

“Data baharu ini mendedahkan skala sebenar kekebalan mikrob di seluruh dunia dan menjadi isyarat jelas bahawa kita mesti bertindak sekarang untuk memerangi ancaman tersebut,” kata penulis bersama kajian, Chris Murray dari Universiti Washington.

Menurutnya, meskipun anggaran sebelum ini menyatakan bahawa kuman super boleh membunuh sehingga 10 juta orang pada setiap tahun menjelang 2050, kajian tersebut menunjukkan penanda aras berkenaan akan dicapai dengan lebih cepat,

“Kita perlu bertindak balas ke atas data ini dengan melaksanakan langkah pembetulan dan inovasi sewajarnya supaya terus kekal di hadapan dalam menangani  masalah kekebalan mikrob,” katanya.

Kajian dan anggaran melibatkan 204 negara dan wilayah itu adalah berdasarkan jangkauan data meluas daripada pelbagai sumber termasuk sistem kesihatan awam, rangkaian pemantauan farmaseutikal, kajian sebelum ini dan banyak lagi.

Menurutnya, kekebalan mikrob berlaku apabila bakteria berevolusi  untuk menjadi kebal terhadap ubat antibiotik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan situasi tersebut sebagai krisis kesihatan global dan menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk mengkaji rawatan alternatif.

Satu kaedah alternatif itu melibatkan kategori virus pemakan bakteria yang dinamakan bacteriophage atau singkatannya phage.

Satu kajian kes mengenainya disiarkan dalam jurnal Nature Communications pada Selasa lalu dan memperincikan tentang bagaimana doktor-doktor di Belgum menggunakan terapi phage untuk menyembuhkan seorang pesakit yang kakinya dijangkiti bakteria selama hampir dua tahun. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI