fbpx

Jeff Bezos tubuh makmal kaji rahsia hidup abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEFF Bezos dilaporkan menggaji beberapa saintis terkemuka dunia untuk mencari rahsia kekal hidup selama beratus-ratus tahun. – Getty/WIRED25

WASHINGTON – Bilionair Jeff Bezos dilaporkan menggaji saintis-saintis dalam usaha mencari rahsia untuk hidup selama beratus-ratus tahun menerusi firma anti penuaan baharunya bernama Alto Labs, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pegawai Eksekutif Amazon itu turut mengupah seorang pakar terkemuka dari syarikat pengeluar ubat-ubatan GlaxoSmithKline bernama Hal Barron yang berusia 59 tahun.

Syarikat baharu itu dikatakan mempunyai dana mencecah £2.2 bilion (RM12.5 bilion) untuk mengkaji teknik pengaturcaraan sel revolusioner yang membantu manusia mengelakkan semua penyakit dan hidup lebih lama.

Firma bioteknologi itu turut disertai pasukan ahli sains termasuk dalam kalangan pemenang-pemenang anugerah Nobel. 

“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang sekali seumur hidup untuk memimpin syarikat yang begitu unik ini dengan misi yang transformatif bertujuan mengelakkan penyakit,’’ jelas Barron yang akan memulakan tugas pada Ogos ini.

Syarikat yang akan berpangkalan di Cambridge dan California itu telah menarik minat sebilangan profesor universiti kerana menawarkan gaji setaraf dengan bintang sukan.

Dana datang daripada sebilangan pelabur termasuk Bezos yang menyumbang sekitar £138 juta (RM785.17 juta) dan mogul internet Rusia-Israel, Yuri Milner yang menghulurkan £3.7 juta (RM21.05 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI