fbpx

Tiada keperluan tutup sekolah berasrama- KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk tidak menutup mana-mana sekolah berasrama di negara ini berikutan jangkitan kluster pendidikan Covid-19 hanya melibatkan mereka yang tidak bergejala dan bergelaja ringan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penutupan asrama sekolah juga dilihat sebagai langkah kebelakang memandangkan peratusan vaksinasi remaja mencapai 90 peratus.

“Kita sudah sampai di satu tahap dimana peratusan remaja mendapat vaksinasi sebanyak 90 peratus dan jangkitan itu merupakan perkara yang akan berlaku serta tidak boleh lari daripadanya.

“Selagi gejala dikesan tidak teruk, mereka boleh diasingkan di rumah atau asrama.Malah, sebahagian besar pelajar yang dijangkiti di asrama tidak bergejala atau bergejala ringan,” katanya pada sidang akhbar khas di Dewan Rakyat tadi.

Pada perkembangan sama, Khairy menjelaskan, sebanyak 52 kluster pendidikan melibatkan 27 kluster sekolah berasrama dicatatkan bermula Minggu Epid 1 hingga 19 Januari 2022.

“Perkumpulan pelajar telah meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan jumlah kluster di sekolah pada minggu pertama persekolahan sebanyak 15 kluster.

“Pada minggu kedua persekolahan pula, bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster. Semua negeri ada melaporkan kluster kecuali Perlis, Terenggau, Sarawak dan Labuan,” ujarnya.

Katanya, bagi 52 kluster Pendidikan yang dilaporkan sejak minggu pertama tahun 2022, siasatan mendapati 44 kluster merupakan indeks pelajar.

Lima kluster lagi melibatkan guru atau pensyarah dan tiga kluster meliputi staf sokongan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI