fbpx

Saya berniqab kerana Allah SWT – Diana Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA kini muncul dengan imej berniqab.

PETALING JAYA – Selepas lebih 10 tahun bertudung, pelakon Diana Amir kini tampil dengan imej baharu iaitu berniqab.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Diana atau nama lengkapnya Nurdiyana Amir Hashim, 36, mengakui segan untuk bercakap tentang perubahan imej baharu itu kepada umum kerana menganggap dirinya masih dalam proses untuk belajar.

“Sebenarnya saya segan hendak kupas tentang isu niqab ini. Kalau ada orang bertanya, saya hanya minta mereka doakan saya.

“Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia, doakanlah saya yang masih perlu belajar ini supaya diberikan kefakihan (tuntutan syariat Islam) agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT,” katanya.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan, Diana berkata perubahan imejnya itu merupakan satu fasa untuknya memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik sebagai seorang muslimah sejati.

“Perubahan ini (berniqab) merupakan satu fasa untuk saya perbaiki diri. Apa yang penting saya tidak melanggar syarak. Saya berniqab dengan ikhlas kerana ibadah. Semoga saya mendapat Rahmat oleh Allah SWT,” jelasnya.

Pada masa sama, Diana berkata perubahan yang dilakukan seseorang itu perlulah disertakan bersama dengan niat kerana Allah SWT.

Pelakon Adam Maya itu yakin bahawa Allah SWT akan membantu untuk mendekatkan diri seseorang yang sedang istiqamah itu selagi niatnya adalah kerana Tuhan.

“Sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan, bersangka baiklah kepada Allah. Setiap apa yang kita lakukan, carilah kebaikannya,” kata Diana.

Dalam pada itu, Diana turut berharap peminatnya mendoakan dirinya dan keluarga supaya hati tidak berbolak-balik dalam mencari keredaan Tuhan.

“Sesungguhnya hidup ini ‘pentas ujian’ Semoga kita berjaya dan kembali padaNya dengan husnul khatimah (mati syahid).

“Semoga anda yang sedang diuji juga diberi rasa tenang, kesabaran dan jalan keluar daripada musibah,” katanya.

Sekadar info, Diana mula mengenakan hijab pada tahun 2011. Selepas melakukan penghijrahan imej, Diana sememangnya sengaja memperlahankan rentaknya dalam bidang seni.

Diana juga mengakui tidak lagi berasa teruja untuk kembali dalam bidang lakonan kerana perlu memikirkan soal keluarga terutama tiga orang anaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN