fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia

Pemandu treler maut langgar tembok bengkel kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang pemandu treler maut apabila terbabas ke parit dan melanggar tembok sebuah bengkel kereta di Jalan Kapar Batu 15 di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 50 tahun dari Bagan Serai, Perak menuju ke arah daerah ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah treler terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandunya tersepit di bahagian pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, mangsa yang cedera parah itu berjaya dikeluarkan bomba dalam tempoh 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-K!ONLINE

POPULAR