fbpx

Nasi putih, kuah kosong bukan bawah Program RMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran mengenai makanan RMT yang tular di media sosial.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan hidangan nasi putih dan kuah yang tular sejak semalam bukan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

Radzi berkata, KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Menurutnya, buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI