fbpx

Nadma berkemungkinan ditubuhkan di negeri, daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Latiff

KUALA LUMPUR – Majlis Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkemungkinan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan aspek pengurusan bencana di kawasan tersebut dapat dimaksimumkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, hal itu turut diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Disember tahun lalu.

“Berhubung keputusan Jemaah Menteri bertarikh 22 Disember 2021 supaya diteliti semula struktur Nadma untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju pengurusan bencana negara, perkara ini sedang dalam tindakan bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Antara perkara yang diteliti adalah pewujudan Nadma di peringkat negeri dan daerah,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, meskipun sistem pengurusan bencana negara adalah komprehensif dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa, namun daripada segi implementasi di peringkat negeri dan daerah masih perlu diperbaiki.

“Antaranya ialah pengerusi pengurusan bencana negeri dan daerah perlu menggerakkan jentera-jentera di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat masing-masing supaya sentiasa berwaspada dengan situasi semasa.

“Pengurusan bencana sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat lapangan. Pada masa ini, pengurusan bencana negara masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konservatif dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa,” jelasnya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan proses penyediaan laporan, penganalisaan, membuat keputusan dan pengurusan data mempunyai kelemahan yang ketara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI