fbpx

Lelaki tidak mandi 67 tahun kekal sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI yang tinggal di Iran itu tidak mandi selama 67 tahun dan hidup dengan memakan bangkai haiwan mati di jalan raya. – CEN

TEHERAN, IRAN – Saintis-saintis keliru setelah mendapati seorang lelaki di Iran berada dalam keadaan sihat walaupun tidak mandi selama 67 tahun dan hidup dengan memakan bangkai haiwan di jalanan, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Amou Jaji, 87, mendakwa bahawa dia tidak mandi selama beberapa dekad kerana percaya perbuatan itu akan menyebabkan dirinya bernasib malang dan membunuhnya.

Pemakanan lelaki itu terdiri daripada haiwan-haiwan yang terbunuh di jalan raya seperti landak. Dia turut meminum air daripada lopak jalan untuk menghilangkan dahaga.

Gaya hidup yang dipilih oleh Jaji menyukarkannya untuk berkawan atau mencari teman wanita, jelas lapor akhbar Daily Star.  

Jaji lebih dipinggir disebabkan aktiviti kegemarannya pada masa lalu kerana suka menghisap rokok paip yang diisi dengan najis haiwan.

Penduduk di kampung Dejgah, Iran yang prihatin terhadap gaya hidup Jaji malah membina sebuah pondok kecil sebagai ganti kepada lubang yang dijadikan tempat berteduh.

Pakar-pakar perubatan yang melawat pondoknya mendapati lelaki itu sangat sihat dan tidak mempunyai penyakit serius atau bakteria. 

Bukan itu sahaja, mereka mengesahkan bahawa Jaji tidak mempunyai parasit pada badan walaupun kurang menjaga kebersihan.

Profesor Dr. Gholamreza Molavi yang menjalankan ujian kesihatan tersebut mendakwa bahawa lelaki itu kekal sihat kerana mempunyai sistem imunisasi badan yang sangat kuat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI