fbpx

Tidak patuh SOP punca 76 pelajar Kolej Vokasional positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal.

MELAKA – Seramai 76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil yang disahkan positif Covid-19 dipercayai berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP), semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kolej tersebut turut diarahkan tutup serta merta selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi mengawal penularan jangkitan.

“Satu ujian saringan telah dilakukan terhadap 176 pelajar vokasional terbabit dan sehingga semalam, 76 daripadanya dikesan positif Covid-19, manakala tiga lagi menunggu keputusan.

“Saringan ini dibuat sebaik sahaja indeks kes membabitkan seorang pelajar perempuan dikesan pada 14 Januari lalu,” katanya.

Beliau berkata, penilaian risiko mendapati kemungkinan besar penularan ini berlaku disebabkan ketidakpatuhan SOP di tempat berisiko seperti di surau dan bilik asrama.

“Indeks kes telah kembali ke kolej tersebut pada 9 Januari sebelum mula bergejala tiga hari kemudian.

“Kita percaya penularan kes berlaku kerana kegagalan mematuhi SOP dengan pelajar yang bergejala masih hadir ke kelas, sebelum menjangkiti rakan-rakan yang lain,” katanya.

Tambahnya, 71 kes positif membabitkan pelajar lelaki, manakala lima lagi merupakan pelajar perempuan.

Muhammad Akmal berkata, kes tersebut turut diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Tun Telani oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI