fbpx

Tiada pelanggaran akta melibatkan akaun dagangan Azam Baki – SC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan tidak terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

SC dalam satu kenyataan berkata, bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa beliau adalah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut.

“Bukti juga menunjukkan bahawa Azam mengendalikan akaun yang dibukanya kerana beliau telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut.

“Justeru, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan SC tidak dapat membuktikan kewujudan terdapatnya pelanggaran undang-undang berkaitan pemilikan saham yang membabitkan Azam.

Menurut SC, kesimpulan hasil siasatan dibuat menerusi segala bukti yang telah dikumpulkan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 25(4) SICDA. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI