fbpx

Sindiket tawar sijil vaksin palsu bermula RM300 tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan tiga suspek yang terlibat dalam aktiviti penjualan sijil digital Vaksin Covid-19 secara tidak sah pada sidang akhbar di IPK Johor, hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan lapan individu termasuk tiga kakitangan klinik swasta di sini selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menjual sijil digital vaksin palsu dalam beberapa siri serbuan pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan mereka terbongkar berikutan pemilik klinik berkenaan membuat laporan polis pada pukul 10.53 malam, Ahad lalu setelah mendapati terdapat aktiviti mencurigakan yang dilakukan kakitangannya.

Katanya, susulan itu, polis menahan lapan individu terdiri daripada tiga kakitangan klinik swasta dan lima pembeli yang berusia antara 24 hingga 42 tahun.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak sebulan lalu dengan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM650 untuk satu sijil digital vaksin palsu.

“Mereka menggunakan modus operandi dengan merekruk ejen yang mana ejen ini mengiklankan perkhidmatan menerusi laman Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Sindiket juga melantik runner sebagai orang tengah dengan mencari pelanggan melalui ejen atau kenalan.

“Setelah mereka (ejen dan runner) dapat pelanggan yang terdiri daripada golongan antivaksin, mereka akan uruskan untuk dapatkan sijil digital vaksin tanpa suntikan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, ejen dan runner akan dibayar komisen sebanyak RM125 bagi setiap sijil digital palsu yang diperolehi.

Katanya, polis masih memburu seorang lagi lelaki berusia 44 tahun iaitu dalang utama kepada sindiket ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI