fbpx

Kontraktor dikompaun RM2,000 akibat pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan sisa binaan yang dibakar kontraktor secara terbuka di Banting, Selangor semalam. /FOTO IHSAN JAS

PUTRAJAYA – Tindakan kontraktor membakar secara terbuka sisa ubah suai bangunan sekolah di Banting dekat sini semalam mengundang padah apabila dikompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak RM2,000.

Agensi tersebut menerusi satu kenyataan memaklumkan, kegiatan pembakaran secara terbuka itu hasil aktiviti rondaan pencegahan dilakukan di sekitar kawasan daerah berkenaan.

“Kontraktor terbabit sedang menjalankan kerja pengubahsuaian bangunan pejabat sebuah sekolah dan melakukan pembakaran segala sisa pembinaan ketika pemeriksaan,” jelasnya.

Pegawai penguat kuasa JAS Cawangan Sepang kemudian bertindak mengarahkan pelaku dengan serta-merta memadamkan kebakaran daripada terus mencemarkan udara persekitaran.

Tindakan kompaun maksimum RM2,000 dan notis arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor tersebut dengan kes itu disiasat dibawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, pelaku pencemaran udara itu boleh dikenakan hukuman denda yang tidak lebih RM500,000 atau penjara paling lama sehingga lima tahun.

Ini merupakan kes terbaharu dikesan di daerah itu selepas insiden serupa berdekatan Taman Keruing di Desa Damai Putra pada 25 Disember lalu ketika kawasan sekitar dilanda banjir.

Sementara itu, pihak JAS Selangor terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memadamkan kebakaran sebuah tapak sampah haram di Johan Setia, Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI