fbpx

Komunikasi 2 hala pada kamera keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI ini dilengkapi teknologi terkini ini dilengakapi dengan fungsi gerakan dan ia akan memberi notifikasi jika mengesan kehadiran sesuatu objek.

PEMASANGAN kamera keselamatan seakan menjadi satu keperluan pada masa kini.

Ramai pengguna kini mengambil inisiatif untuk memasang kamera keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk memantau kawasan kediaman mereka.

Maka tidak hairanlah banyak syarikat yang mengambil peluang itu dengan menghasilkan kamera keselamatan dan ditawarkan pada harga mampu milik.

Pengeluar peralatan keselamatan rumah pintar terkemuka dunia, EZVIZ turut berbuat demikian dengan menghasilkan kamera keselamatan yang dilengkapi teknologi terkini.

Kamera keselamatan C6N 4MP antara model terkini yang dilancarkan oleh EZVIZ.

Kamera keselamatan tersebut direka untuk ruangan dalaman dilengkapi dengan kamera 4MP serta penderia resolusi tinggi 2K.

Dengan demikian, ia memberi kualiti rakaman lebih jelas pada setiap masa.

Dalam pada itu, peranti ini juga boleh berpusing sehingga 360 darjah.

Dengan demikian, setiap sudut dapat diawasi oleh peranti ini, sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan di sesuatu kawasan.

Kamera keselamatan itu juga dilengkapi dengan fungsi penglihatan malam pintar yang dikuasakan oleh lampu infra merah dan boleh mengesan jarak sehingga 10 meter.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan fungsi pengesanan gerakan dan ia akan memberi notifikasi jika mengesan kehadiran sesuatu objek.

Peranti ini turut disokong dengan sambungan Wi-Fi 2.4GHz dan pengguna boleh membuat pemantauan dari jauh melalui aplikasi EZVIZ di telefon pintar.

Dalam hal ini, pengguna boleh memantau rumah mereka sepanjang masa walaupun berada di luar.

Lebih menarik, ia turut mempunyai fungsi komunikasi dua hala.

Pengguna boleh menyampaikan sesuatu arahan secara terus melalui telefon pintar masing-masing.

Penghuni di rumah pula boleh berkomunikasi melalui mikrofon yang terbina di peranti tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI