fbpx

Ke mana Kamaliah menghilang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Senoi Praaq bersama penyelamat lain-lain agensi mendengar taklimat sebelum melakukan operasi mencari kanak-kanak perempuan Orang Asli yang dilaporkan hilang di Gerik. /FOTO IHSAN PGA BIDOR

GERIK – Operasi mencari kanak-kanak Orang Asli, yang hilang dalam hutan di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri dekat sini sejak Khamis lalu, disertai 12 pegawai dan anggota Unit Senoi Praaq.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Azhar Hashim berkata, anggota unit pakar penjejak hutan itu masuk ke lokasi pencarian sejak Ahad lalu iaitu pada hari ketiga operasi mencari kanak-kanak tersebut.

Katanya, fokus pencarian dimulakan di kawasan hutan berdekatan khususnya di lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Penglibatan anggota Senoi Praaq yang lebih mahir di hutan ini bagi membantu agensi penyelamat lain termasuk polis dan bomba untuk menjejak kanak-kanak itu yang hilang hampir seminggu.

“Kita akan menggunakan kemahiran di hutan untuk mencari kanak-kanak itu seperti melihat kesan-kesan pada tanah atau pokok-pokok yang boleh memberi petunjuk keberadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Kamaliah, 10, kali terakhir dilihat memakai baju kuning dan seluar biru ketika dia mengikuti keluarganya mencari hasil rotan di kawasan Hutan Temengor dekat sini, pada Khamis lalu.

Kehilangan mangsa disedari sekitar pukul 4.30 petang sebaik sahaja keluarganya dan penduduk lain tiba di kampung selepas mencari hasil rotan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI