fbpx

Baju sampai lutut sebab ayah Jebat salah beli saiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular menunjukkan Norashikin membetulkan baju kemeja yang dipakai Jebat di SK Haji Abu Bakar, Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Tindakan seorang pelajar memakai baju kemeja sekolah sehingga paras lutut mengundang reaksi pelbagai pihak selepas video mengenai­nya tular Ahad lalu.

Menerusi video di aplikasi TikTok itu, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar, Lepai, Farrah Norashikin Juhari dilihat membetulkan kemeja besar yang dipakai anak muridnya dikenali Jebat.

Menurut Farah Norashikin, tindakan pelajarnya memakai pakaian seragam bersaiz besar itu berikutan bapa kanak-kanak tersebut tersilap membeli saiz baju untuk anaknya.

“Selepas menyedari keadaan itu, saya bawa Jebat ke tandas untuk betulkan kemeja putihnya itu dan tengok bajunya itu bersaiz XL.

“Dia kemudian beritahu telah tersalah pakai baju abangnya tetapi sebenarnya ayahnya tersalah beli baju bersaiz besar.

“Jebat juga ada abang di tahun dua dan kakak di tingkatan empat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Norashikin, Jebat bersama dua beradiknya kini tinggal bersama nenek mereka di Kampung Teluk berikutan bapa mereka bekerja sebagai pemandu lori.

Nenek kanak-kanak itu yang dikenali Roziah memberitahu, dia tidak sempat membetulkan baju Jebat mengikut saiz badan cucunya.

“Ayah mereka beli baju seorang dua pasang, bila bawa balik rumah tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar. Tetapi terbeli pula saiz besar dan minta saya kecilkan tetapi tidak sempat,” ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, pihaknya akan membelikan pakaian seragam sekolah yang baharu buat Jebat pada Jumaat ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI