fbpx

Anak lembu bermata tiga lahir di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mata ketiga anak lembu ini berada pada bahagian tengah dahi. – Twitter ANI

NEW DELHI – Penduduk sebuah kampung di daerah Rajnandgaon, India, gempar apabila seekor anak lembu dilahirkan dalam keadaan mempunyai tiga mata serta empat lubang hidung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Keadaan luar biasa anak lembu yang mempunyai satu mata tambahan di bahagian tengah dahi itu menguatkan kepercayaan penduduk yang mendakwa bahawa ia adalah bukti kelahiran semula dewa mereka.

Susulan kejadian itu, penduduk berduyun-duyun menyerbu kampung Chhattisgarh untuk memuja anak lembu tersebut dengan membawa colok, kelapa dan wang tunai mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

Mereka percaya bahawa kelahiran anak lembu pada 14 Januari lepas itu memberi maksud penting dari sudut agama.

“Saya tidak pernah melihat mana-mana makhluk hidup mempunyai tiga mata. Ia adalah satu keajaiban dan kelahiran semula dewa,” kata seorang penduduk, Neelkumar Verma.

Sementara itu, pemilik anak lembu tersebut, Neeraj Chandel berkata, pemeriksaan kesihatan ke atas haiwan itu mendapati bahawa tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.

“Ketika dilahirkan, kami menyangkakan bahawa anak lembu ini mempunyai kecederaan pada bahagian kepalanya. Bagaimanapun, selepas diperiksa menggunakan lampu suluh, kami terkejut melihat keadaannya.

“Ia juga mempunyai empat lubang hidung,” katanya.

Dalam pada itu, seorang doktor haiwan, Kamlesh Chaudhary berkata, kes seumpama itu tidak boleh dianggap sebagai keajaiban kerana ia berlaku disebabkan oleh kecacatan pertumbuhan pada embrio. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI