fbpx

PLUS minta pengguna lebuh raya jangan risau guna RFID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyeru pengguna lebuh raya kendalian syarikat konsesi tersebut tidak berada risau untuk menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol PLUS.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID.

“Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.

“Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.

“PLUS berharap dengan peningkatan penghijrahan pembayaran tol menerusi RFID yang sejajar dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh hari ini dan e-Dompet akan membawa pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu hari ini.

PLUS sebelum ini mengumumkan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari.

Kosmo! semalam melaporkan beberapa Plaza Tol PLUS di sekitar Lembah Klang sesak teruk berikutan pelaksanaan RFID. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI