fbpx

Perwatakan anak berubah tanda pergi buat selamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabri menyiram air ke atas pusara anaknya, Sharif Mohd. Sharizan yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah, Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor hari ini.

PASIR GUDANG – Bapa kepada remaja lemas di Sungai Masai, dekat sini, Ahad lalu tidak menyangka perwatakan anaknya, Sharif Mohd. Sharizan, 11, yang berubah menjadi pendiam petanda akan meninggalkan mereka buat selamanya.

Sabri Kadir, 48, bagaimanapun reda dengan pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu yang dipercayai mati lemas bersama rakannya, Mohd Ahlan Kiram, 14.

Menurutnya, dia yang berniaga di warung nasi lemak bersama-sama isteri, Nurin Sariman, 52, di taman itu menyifatkan mangsa sebagai anak paling manja dalam keluarganya.

“Arwah merupakan seorang anak yang manja dan banyak bercakap. Kebiasaannya, apabila saya bercakap, dia akan memandang wajah saya.

“Namun sejak tiga empat hari yang lalu, dia hanya tunduk apabila saya bercakap dengan dia. Arwah jadi pendiam dan tidak banyak bercakap,” katanya ditemui pemberita hari ini.

Arwah Sharif dan Mohd. Ahlan yang lemas di Sungai Masai selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang, Kampung Cahya Baru di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian dua jenazah itu yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh.

Jenazah Sharif dikebumikan pada pukul 10.45 pagi manakala jenazah Mohd. Ahlan pula dikebumikan bersebelahan Sharif kira-kira satu jam selepas itu.

Kosmo! semalam melaporkan, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Sharif dan enam rakannya bermain di tepi Sungai Masai berhampiran Taman Masai Utama sebelum lemas ketika cuba mengambil seliparnya yang dikatakan terjatuh dalam air.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI