fbpx

MDEC, DPIA jalin kerjasama bantu usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar (duduk, tiga kiri) bergambar bersama sebahagian panel yang hadir pada pelancaran Majlis Makan Malam dan Pelancaran Semula 1001 Minda Jutawan di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) komited membantu usahawan domestik dan antarabangsa melalui Program 1001 Minda Jutawan yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kerjasama ini adalah bagi membolehkan pihak kementerian bersama tokoh-tokoh usahawan saling bantu-membantu dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan.

“Lebih daripada 20 orang sifu atau tokoh-tokoh usahawan yang berjaya akan memberi perkongsian dan ilmu kepada masyarakat di luar dan perancangan yang dilakukan oleh DPIA ini juga dilihat lebih kurang sama dengan kementerian.

“Jadi, pihak kementerian turut menerima secara tangan terbuka dan mengalukan mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai program serta matlamat yang sama dalam melahirkan usahawan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Semula 1001 Minda Jutawan di Seri Pacific Hotel di sini.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian juga sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk usahawan di seluruh negara mahupun di luar bandar dan mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama.

“Pihak kami ini teori dan pembuat dasar namun semangat bekerjasama dari semua pihak perlu diambil sebagai satu Keluarga Malaysia supaya matlamat dicapai dengan baik,” ujarnya.

Program 1001 Minda Jutawan oleh Sukses Sifu ini dijenamakan semula selepas dilancarkan pada tahun 2020 menampilkan 20 tokoh hebat yang mempunyai latar belakang dan perjalanan yang menarik sebelum mencapai kejayaan.

Orang ramai yang ingin menonton video panel-panel 1001 Minda Jutawan oleh Sukses Sifu boleh membuat pendaftaran di https://mysuksessifu.com dengan tawaran empat pakej menarik serandah RM99.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pekej ditawarkan boleh menghubungi talian 014-3666665.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN