fbpx

Jambatan bailey Kampung Bemban siap 20 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA tentera dari Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen membina jambatan bailey memberi kemudahan kepada penduduk di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu yang terputus hubungan akibat banjir bulan lalu.- Foto oleh MOHD. SHAHJEMAN MAAMIN

JELEBU – Sebuah jambatan bailey yang dibina bagi menjadi jalan penghubung ke Kampung Bemban, Simpan Durian di sini akan siap sepenuhnya pada 20 Januari ini.

Jambatan sementara tersebut bagi menggantikan jambatan besi sedia ada sebelum ini yang roboh dalam kejadian banjir pada 19 Disember lalu sehingga memaksa hanya bot sahaja dapat digunakan bagi merentasi Sungai Teriang bagi ke kampung berkenaan.

Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Mejar Jen. Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, tahap pembinaan jambatan tersebut kini di tahap lima hingga 10 peratus iaitu bagi memasang pelantar jambatan dan disambung ke tebing di bahagian Kampung Bemban.

“Apa yang dilaksanakan bagi membantu penduduk kampung adalah menggunakan sistem feri untuk anak-anak sekolah membantu membawa keperluan asas kepada penduduk.

“Ini merupakan kerjasama Rejimen Askar Jurutera Diraja yang berada di bawah 3 Divisyen dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi lain akan menyiapkan jambatan pada 20 Januari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama pembinaan jambatan di Kampung Bemban, Simpang Durian, di sini hari ini.

Menurut Tengku Muhammad Fauzi, jambatan sepanjang 35 meter itu boleh menampung berat sebanyak 30 tan dengan kelebaran jambatan sebanyak 4.2 meter.

“Setelah siap nanti, jambatan sementara ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di kampung ini kelak.

“Kalau ikut perancangan awal, jambatan ini akan mula dipasang pada minggu lalu namun, akibat hujan lebat dan air pun naik sekali lagi, ia perlu ditambak lagi tinggi dan ia mengambil masa untuk disiapkan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI