fbpx

Covid-19 : 3,093 kes sembuh, 17 kluster baharu dilapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,093 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,741,355 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 3,245 kes termasuk 274 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,813,934 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 1.2 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima serta selebihnya kategori satu dan dua.

“Terdapat 17 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,047 kluster serta 188 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 183 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI