fbpx

Sobrie lega ATM Guardians lakar kemenangan keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI bertenaga ditampilkan oleh kedua-dua pasukan melibatkan pemain ATM Guardians dan Johor Tigris di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin.

PASUKAN ATM Guardians meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 apabila melakar kemenangan keempat selepas membenam cabaran Johor Tigris di Stadium Titiwangsa malam kelmarin.

Turun sebagai pendahulu saingan, ATM tidak berdepan banyak masalah apabila mudah mengatasi Johor dengan keputusan straight set 21-9, 21-13 bagi mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Apit kiri ATM yang juga kapten pasukan, Muhammad Sobrie Samsudin mengakui gembira dengan kemenangan tersebut walaupun tempo permainan agak menurun pada set kedua sehingga membolehkan pasukan lawan cuba merapatkan kedudukan.

Walaupun mereka terikut-ikut rentak Johor pada penghujung set kedua, namun Sobrie berkata, mereka kembali memperkemaskan permainan sebelum memastikan kemenangan mutlak menerusi aksi straight set.

“Saya akui kami seolah-olah ikut rentak permainan mereka pada set kedua tetapi kami cuba memperkemaskan aksi sendiri dan berjaya bermain seperti biasa. Dalam keseluruhan permai­nan, saya gembira kerana kami bermain agak tenang.

“Bagaimanapun, masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki supaya kami tidak mudah terpengaruh dengan corak permainan lawan. Mungkin saya juga perlu baiki teknik mengangkat bola bagi memudahkan kerja killer,” katanya.

Dalam pada itu, Sobrie yang diturunkan buat pertama kali musim ini mendedahkan, dia agak gementar pada awal perlawanan kerana perlu berdepan sorakan daripada penonton di stadium.

“Saya akui ada sedikit gementar kerana tahun lepas kami bermain tanpa penonton. Oleh itu, saya perlukan sedikit masa untuk memastikan saya benar-benar serasi dengan keadaan gelanggang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN