fbpx

Pickupp tawar potongan RM30 untuk pembelian pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pickupp menyediakan pelbagai servis penghantaran mengikut keperluan. - FOTO Pickupp Malaysia

TREND beli-belah dalam talian dilihat makin meningkat apabila orang ramai lebih selesa membeli-belah di rumah tanpa perlu bersesak di tempat awam.

Justeru, usahawan dan pemilik perniagaan memerlukan lebih banyak pilihan syarikat penghantaran yang menawarkan servis pada harga berpatutan supaya tidak membebankan kos kelak.

Menawarkan penyelesaian kepada usahawan, syarikat penghantaran dari Hong Kong, Pickupp menyediakan servis penghantaran menggunakan pelbagai jenis kenderaan pada kadar caj termurah di negara ini.

Mula dikenali sekitar pertengahan 2017 di Hong Kong, ia menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres selama satu hingga dua jam pada kadar caj serendah RM5.

Ia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran empat jam mengikut permintaan dan penghantaran biasa yang boleh mengambil masa antara satu hingga tiga hari pada kadar caj serendah RM4.50 untuk setiap pesanan.

Untuk anda yang mahukan produk dihantar pada hari yang sama, Pickupp turut menyediakan servis berkenaan pada kadar caj serendah RM6.

Pickupp membolehkan pelanggan menjejak pesanan pada bila-bila masa dan di mana sahaja bagi mengelakkan insiden bungkusan hilang ketika tempoh penghantaran.

Ciri ini sangat membantu pengguna dan peniaga bagi memastikan proses penghantaran produk berjalan dengan lancar.

Dengan servis pantas ditawarkan Pickupp, ia menjimatkan masa dan kos dengan inovasi teknologi seperti papan pemuka digital, alat integrasi dan muat naik pesanan secara pukal.

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara perseorangan pasti sukar mengembangkan perniagaan dengan kesukaran menguruskan logistik.

Dengan Pickupp, mereka dapat mengurangkan masa menguruskan penghantaran dan menjimatkan kos operasi kerana ia menawarkan perkhidmatan yang luas tanpa perlu bertukar-tukar platform untuk pelbagai jenis keperluan penghantaran.

Ketika musim puncak, agak mencabar untuk menghantar produk kepada pelanggan dalam jangka masa yang ditetapkan akibat kekurangan ejen bekalan dan penghantaran.

Namun, pemilik perniagaan tidak perlu risau untuk memenuhi permintaan pelanggan ketika waktu puncak kerana Pickupp mempunyai rakan penghantar yang fleksibel dan mampu menampung musim tinggi dan rendah.

Pengasas bersama Glampot Sdn. Bhd., Gabriena Lee, berkata servis penghantaran hari yang sama ditawarkan Pickupp memberikan syarikatnya fleksibiliti pada kos yang sangat berpatutan.

“Sistem pengesanan GPS dan bukti foto penghantaran yang disediakan juga meredakan kebimbangan kami apabila menghantar beg mewah,” katanya.

Sekiranya anda usahawan yang belum pernah mencuba servis penghantaran Pickupp, rebut peluang ini kerana mereka menawarkan potongan sehingga RM30 untuk penghantaran pertama.

Muat turun Pickupp dari App Store atau Google Play dan daftar akaun anda hari ini untuk menerima kod istimewa di peti e-mel.

Layari https://my.pickupp.io/en/ untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI