fbpx

Mekanik, pelajar tahfiz maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat jenazah dua lelaki yang maut dalam kemalangan di Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas malam tadi.

PASIR MAS – Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Kampung Pangkal Kala di sini malam tadi.

Dalam pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Aizat Abdul Ghani, 22, yang bekerja sebagai mekanik dan pelajar tahfiz, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 17, maut di lokasi kejadian selepas mereka dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, Mohd. Aizat menunggang motosikal jenis Honda C-70 dari arah Gelang Mas menghala ke Bunut Susu di sini.

Menurutnya, Muhammad Amirul Hakim pula menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kedua-dua motosikal dipercayai berada di tengah-tengah jalan sebelum mereka bertembung.

“Kemalangan itu menyebabkan mereka terjatuh di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI