fbpx

Jenazah ibu dipenggal anak selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Jenazah seorang wanita yang maut dipenggal anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, kelmarin selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Allahyarham yang berusia 56 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang di sini, kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Terdahulu, jenazah itu yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh tiba di Surau An Nur Kampung Baru Pasir Penambang untuk disembahyangkan.

Puluhan ahli keluarga dan saudara mara turut menghadiri urusan pengebumian Allahyarham.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang ibu menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dipenggal oleh anak sendiri sebelum jasadnya yang berlumuran darah dibiar terbaring di ruang tamu dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor kelmarin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI