fbpx

Australia pasrah, sedia hidup bersama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menjalani ujian Covid-19 sebelum penerbangannya di klinik Histopath, Lapangan Terbang Sydney pada 7 Disember tahun lalu. - Brendon Thorne / Bloomberg/ Getty

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memaklumkan bahawa negara itu sudah bersedia untuk hidup bersama virus Covid-19 setelah sasaran vaksinasi dicapai, lapor rangkaian televisyen NBC News. 

Oleh yang demikian, kerajaan Australia akan menamatkan sekatan pergerakan dan membuka semula sempadan dalam negara dan antarabangsa.

Ketika strategi itu mula dirancang, varian Omicron yang pantas merebak pula muncul. Jumlah kes harian meningkat di Australia daripada sekitar 1,000 sehari kepada lebih daripada 100,000 sehari dalam masa sebulan. 

Dalam pada itu, gejala-gejala yang cuba dielakkan di negara itu mula dikesan dengan sistem kesihatan mula merundum. Rak-rak di pasar raya juga kosong kerana pekerja yang sakit tinggal di rumah.

Disebalik lonjakan kes, kebanyakan negeri dan wilayah di negara itu telah membiarkan virus tersebut merebak dengan pengkritik-pengkritik  melabelkannya sebagai pendekatan ‘biar Covid-19 merebak’.

Peraturan pemakaian pelitup muka serta pendaftaran masuk ke sesebuah tempat menggunakan aplikasi vaksinasi kerajaan untuk tujuan pengesanan akan dilonggarkan. 

Alexandra Martiniuk yang merupakan profesor dan ahli epidemiologi di Universiti Sydney berkata, keputusan yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini adalah tidak sesuai.

“Beberapa negeri dan wilayah mula mengurangkan sekatan biarpun varian Omicron menular. Saintis, pakar lain serta orang awam bertanya sama ada tindakan ini betul atau tidak. 

“Kita sepatutnya menukar rancangan apabila Omicron menular dan tidak patut meneruskannya tanpa menjangkakan kesan akan datang,’’ jelas beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI