fbpx
Firmino meraikan jaringan yang dilakukan oleh Chamberlain di Stadium Anfield sebentar tadi. - Foto oleh EPL

The Reds rampas tempat ke-2 EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool memintas kedudukan kedua carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menepati ramalan dengan menewaskan Brentford 3-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Anfield itu, skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp membariskan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Roberto Firmino, Diego Jota dan Alex Oxlade-Chamberlain untuk mengemudi jentera serangan.

Meskipun berjaya mempamerkan corak pertahanan yang jitu di awal saingan, Brentford masih gagal menyekat tekanan yang diberikan oleh pasukan tuan rumah.

Pemain tengah Liverpool, Fabinho menjaringkan gol pertama selepas menanduk masuk hantaran cantik yang dilakukan oleh Trent Alexandre-Arnold sebelum tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Liverpool terus ghairah menambah gol dan kini giliran Chamberlain menggandakan kelebihan buat pasukan The Reds dengan ledakan pada minit ke-69.

Penyokong Liverpool bertambah ceria apabila pemain gantian, Takumi Minamino menambah derita pasukan pelawat dengan gol ketiga selepas menyudahkan hantaran yang dilakukan Firmino pada minit ke-77.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dengan Liverpool kini memintas kedudukan Chelsea apabila mengutip 45 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.

Namun, Liverpool masih memiliki jurang mata yang besar dengan pendahulu liga, Manchester City yang gah mengutip 56 mata ketika ini. – AGENSI

 

POPULAR