fbpx
Anggota Pasukan Penyelam di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor bersiap sedia untuk melakukan operasi mencari mangsa lemas di sungai berhampiran Jalan Masai Utama, Masai, Pasir Gudang, Johor hari ini.

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dalam sungai di Masai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Seorang remaja bersama seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas dalam kejadian yang berlaku di sungai berhampiran Jalan Masai Utama, Taman Masai Utama, dekat sini petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Yusri Atan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.14 petang tadi.

Beliau berkata, kejadian lemas itu membabitkan dua orang mangsa yang masing-masing berusia sembilan dan 14 tahun.

Katanya, susulan panggilan kecemasan diterima, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang remaja dan seorang orang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di dalam sungai tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di sungai yang berkedalaman kira-kira 2.7 meter itu. Maklumat lanjut mengenai kes ini sedang diperolehi,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

POPULAR