fbpx

Ramai mohon kemudi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOFF mendedahkan jawatan ketua jurulatih negara bagaikan ‘pisang goreng panas’ apabila menerima banyak permohonan selepas ditinggalkan Cheng Hoe minggu lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui, jawatan ketua jurulatih negara bagaikan ‘pisang goreng panas’ selepas menerima banyak permohonan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe ­minggu lalu.

Sebagai rekod, posisi ketua juru­latih negara kekal terbuka susulan peletakan jawatan Cheng Hoe yang dibuat pada awal bulan ini berikutan prestasi hambar skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang lepas.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, proses untuk mencari jurulatih sedang giat diusahakan tetapi segala keputusan hanya akan diumumkan selepas me­syuarat jawatankuasa yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Siapa pengganti Cheng Hoe akan ditentukan oleh Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) selepas mesyuarat jawatankuasa dibuat pada bulan ini dan sudah tentu beliau mahukan jurulatih terbaik untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

“Apa yang pasti, pihak FAM sendiri sudah banyak menerima permohonan yang berminat untuk menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak kira dalam kalangan tempatan mahupun luar negara.

“Secara keseluruhan, keputusan akan dibuat mengikut ke­sesuaian kerana ada yang berpendapat jurulatih lokal sesuai untuk pelan jangka pendek manakala jurulatih import pula adalah bagi merangka pelan jangka panjang,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Mengulas lanjut, Yusoff yang juga pengurus skuad kebangsaan turut mengesahkan ‘nasib’ barisan kejurulatihan yang juga pembantu kepada Cheng Hoe seperti S. Balachandran dan Azmin Azram Abd. Aziz hanya akan ditentukan oleh jurulatih baharu nanti.

“Kita akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengendali baharu skuad kebangsaan dan jika dia mahu mengekalkan khidmat barisan pembantu jurulatih kepada Cheng Hoe atau sebaliknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI