fbpx

Perubahan iklim jejas pertumbuhan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA hamil yang terdedah kepada kebakaran hutan akan menggandakan risiko kecacatan kelahiran yang teruk digelar gastroschisis. - Getty

WASHINGTON – Enam kajian baharu mendapati bahawa krisis perubahan iklim di seluruh dunia memberi kesan kepada kesihatan janin dalam kandungan, pertumbuhan bayi serta menyebabkan risiko kelahiran pramatang, lapor akhbar The Guardian semalam.

Kajian-kajian tersebut diterbitkan dalam terbitan khas jurnal Paediatric and Perinatal Epidemiology yang dijalankan merentasi dunia dari Amerika Syarikat (AS) ke Denmark dan Australia.

Menurut saintis, peningkatan haba yang berlaku menyebabkan pertambahan berat badan pada bayi sehingga meningkatkan risiko obesiti ketika dewasa kelak.

Peningkatan suhu yang tinggi pula dikaitkan dengan kelahiran pramatang, yang seterusnya menjejaskan kesihatan sepanjang hidup selain meningkatkan kemasukan kanak-kanak ke hospital.

Selain itu, wanita hamil yang terdedah kepada kebakaran hutan akan menggandakan risiko kecacatan kelahiran yang teruk digelar gastroschisis.

“Kami mula mendapati bahawa perubahan iklim memberi kesan kepada kesihatan dari awal usia kanak-kanak hingga remaja.

“Ini adalah masalah yang memberi kesan kepada semua penduduk dunia. Perkara ini mungkin menjadi lebih teruk dengan krisis perubahan iklim yang berterusan,” kata pakar  dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Boston, Profesor Gregory Wellenius, yang merupakan penyunting bersama kajian tersebut.

Dalam pada itu, kajian-kajian tersebut turut mendapati bahawa pencemaran udara daripada pembakaran bahan api fosil berpotensi meningkatkan risiko ketidaksuburan dengan ketara. 

Peningkatan pencemaran beberapa unit zarah di udara akan menyebabkan penurunan dalam kitaran haid sebanyak kira-kira lapan peratus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI